Bile kite SYG org tu, Kite call nk ckp ngn dye, Tp dye gayut ngn org laen, ATY kate xpe,dye de hal nk ckp ngn kwn dye tu..
Bile kite SYG org tu, Kite bercerite ngn dye, rsenye citer ngn tggul lg bgos, Tp bile dye bercerite ngn kite, Kite dgr,spatah2 kite igt.. ATY kate xpe,sy syg la katekan..
Bile kite SYG org tu, Kite & dye lapar,kite bg sume roti kite kt dye.. ATY kate xpe,ala,jgelah aty dye,cian dye..
Bile kite SYG org tu, Kite sggup bg dye reht bile dye letih, Tp bile kite letih, dye suruh gk kite lyn dye bile dye bosan,adil ke?? ATY kate xpela, ala bkn selalu pon..
Bile kite SYG org tu, Kite jd cm org giler bile dgr dye sakit, Tp bile kite sakit, dye siap kuar ngn kwn2 meraikan ary kesakitan kite.. ATY kate, xpela, xkn dye nk berkepit ngn kite 24jam..
Bile kite SYG org tu, Kite xpnh pntigkn diri sndiri, Tp dye?? hipokrit tahap gaban, ATY kate xpe, dye mmg cmtu..kenelah time..
Bile kite SYG org tu, Kite syg nk tgglkn dye.. Tp dye?? xtahu kite berdepan dgn maut, Walaupun kite sakit, dye kate kt kite.. Sakit biase2 jek,jgn nk mengarut.. ATY kate, cmne lah dye bile kite xde,msti dye epy..
Bile kite SYG org tu, Kite xsggup tgok dye derita, Tp dye pnh hrgai diri kite?? ATY kate, tahu x betape kite sygkn dye..
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ......
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
Ada 4 di pandang sebagai ibu ', iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran. Beberapa kata renungan :
Orang Yang Meninggalkan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya
Ada sesuatu yang menarik perhatian saya tentang khutbah Jumaat pada minggu lalu. Di Yaman, walaupun tiada teks khutbah yang dicetak dan diedarkan ke masjid-masjid seluruh negeri, namun kita boleh dapati para khatib akan berbicara isu yang sama atau hampir sama.
Mereka akan mengumpulkan bahan dan menyusun dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis-hadis mengikut uslub dan kemahiran asing-masing. Akan tetapi, maksud dan objektif yang diinginkan adalah sama iaitu mendidik masyarakat.
Kebiasaannya, tajuk atau isu yang diutarakan dalam khutbah-khutbah akan menjadi lebih ‘bersepakat’ apabila berlaku isu-isu umat Islam di luar negara seperti serangan terhadap Gaza, Palestin dan sebagainya. Ada juga isu dalam negeri yang menggesa para ulama bangkit menyedarkan rakyat mereka seperti anasir-anasir sosialis yang menyeru kepada perpecahan negara Yaman, sambutan hari Valentine dan sebagainya.
Minggu ini bermulalah musim peperiksaan di peringkat universiti, ma’ahad, sekolah menengah dan lain-lain. Jadual peperiksaan bermula hampir serentak atau berbeza sekitar 2-3 minggu di antara satu universiti dengan universiti yang lain.
Kerana itu, saya dapati masjid-masjid akan dipenuhi oleh para pelajar yang mengulangkaji hafalan al-Quran, membaca kitab-kitab pengajian secara berkumpulan bukan sahaja di masjid dalam universiti, malah masjid-masjid di kawasan-kawasan penempatan luar juga.
Inilah satu keadaan yang tidak wujud di negara kita. Budak-budak sekolah atau mahasiswa universiti banyak dilihat bersantai di restoran-restoran 24 jam yang dilengkapi dengan tayangan percuma stesen TV Astro, menyedut asap syisyah dan sebagainya (walaupun bukan semua).
Dalam suasana ini, khutbah jumaat minggu lalu memberi peringatan kepada seluruh golongan pelajar secara khusus dan masyarakat Yaman secara umumnya bahawa kita sebenarnya menghadapi ‘peperiksaan’ setiap hari tanpa kita sedari. Khutbah tersebut telah menyedarkan para pelajar, jika mereka gagal atau sekadar mendapat markah yang rendah dalam peperiksaan, mereka masih boleh memperbaikinya pada masa-masa yang akan datang.
Pada hakikatnya, kegagalan yang seperti ini tidak memberi kesan yang besar pada diri seseorang insan. Mungkin hanya akan menjejaskan ‘sedikit’ peluang pekerjaan. Hanya sedikit.. kerana masih ramai yang boleh berjaya tanpa kecemerlangan akademik.
Malah ramai para pendakwah yang sumbangan ilmunya tidak dapat dinilai dengan sijil dan segulung ijazah. Terdapat juga yang cemerlang di atas kertas akan tetapi gagal di medan dakwah dan banyak lagi lapangan kehidupan.
Akan tetapi, ‘peperiksaan yang hakiki’ yang sedang dan akan terus dilalui oleh setiap hamba Allah pada setiap hari adalah satu peperiksaan yang akan menentukan kedudukannya di akhirat kelak. Sama ada mendapat kebahagiaan yang abadi atau ditimpa kecelakaan yang hakiki. Jika kita gagal dalam ‘peperiksaan’ ini, tiada lagi peluang untuk memperbaiki diri setelah kita kembali menghadap Allah ‘Azza wa Jalla.
Bahkan Allah S.W.T telah menjadikan mati dan hidup kita ini juga sebagai ‘peperiksaan’ untuk melihat siapakah yang paling baik amalannya. Firman Allah Ta’ala (bermaksud): “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (al-Mulk: 2)
Menurut para ulama tafsir, amalan yang paling baik yang dituntut dalam ayat-ayat al-Quran adalah suatu amalan yang paling ikhlas dan paling bertepatan dengan syariat. Kita juga dituntut untuk mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.
'Peperiksaan' yang menguji umat manusia, siapakah yang bersyukur (beriman) dan siapakah yang kufur dari kebenaran. ‘Peperiksaan’ ini sudah disediakan saat kita mula dijadikan oleh Allah Ta’ala: “Sesungguhnya Kami lelah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat. Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir.” (Al-Insan: 2-3)
Dunia ini juga dijadikan ‘peperiksaan’ dengan perhiasan di atas muka bumi untuk menguji umat manusia. Firman Allah Ta’ala (bermaksud) : “Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya.” (al-Kahfi: 7)
Allah Ta’ala menjadikan bumi ini tempat tinggal makhluk-makhlukNya sebagai tempat berusaha dan beramal, agar nyata di kalangan mereka siapakah yang taat dan patuh kepada segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Adakah kita telah ditipu dan diperdayakan oleh kesenangan dunia yang sedikit atau terus hanyut dibawa arus material yang deras? Allah Ta’ala menguji kita dalam ‘peperiksaan’ ini, agar menjadi nyata siapakah dari kalangan hamba-hambaNya yang paling baik amalannya.
Bagi orang-orang yang diberi nikmat dan kesenangan dunia, sama ada ilmu yang luas, harta yang melimpah ruah atau kekuasaan yang menyebabkan dia berasa besar diri, renungilah kata-kata Nabi Sulaiman a.s yang dirakamkan oleh Allah di dalam al-Quran: “Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mengujiku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (nikmatNya),” (al-Naml: 40)
Betapa ramai orang yang berasa hebat dengan sedikit ilmu yang dimiliki lalu memperlekeh orang lain? Ilmu pengetahuan juga adalah ujian dari Allah untuk melihat adakah kita bersyukur dan tawadduk atau ingkar lalu menjadi bongkak dan ‘ujub pada diri sendiri. Begitulah juga dengan harta, kekuasaan dan sebagainya.
Kesemuanya adalah ‘peperiksaan’ yang kita lalui setiap hari. Bagi para pemimpin yang memerintah, di sana juga terdapat ujian, adakah kita menjalankan amanah dengan mengikut syariat Allah atau sebaliknya.
Firman Allah Ta’ala (bermaksud): “Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikanNya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat seksaanNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-An’am: 165)
Dalam ‘peperiksaan’ ini, kita digesa agar berlumba-lumba mengejar kebaikan. Firman Allah Ta’ala: “..tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberianNya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebaikan. Hanya kepada Allahlah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukanNya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu. “ (al-Maidah: 48)
'Peperiksaan' ini akan berterusan sehinggalah datangnya saat kematian, ini bagi menamatkan tempoh cubaan dan ujian yang dihadapinya semasa hidup. Firman Allah S.W.T (bermaksud): “Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian (yang sebenar-benarnya). dan Hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (Surah al-Anbiya’: 35)
Firman Allah lagi (bermaksud): “Di tempat itu (padang Mahsyar), tiap-tiap diri merasakan pembalasan dari apa yang telah dikerjakannya dahulu dan mereka dikembalikan kepada Allah Pelindung mereka yang sebenarnya dan lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada-adakan.” (Yunus: 30)
Inilah ujian dan peperiksaan yang hakiki yang sering dilupakan oleh insan. Berapakah markah yang bakal kita perolehi kelak? Yang pastinya, kita tidak lagi memerlukan segolong ijazah untuk mendapatkan pekerjaan di sana.. di alam akhirat.
Sebuah seminar di Indonessia tentang "Surat Cinta" yang disampaikan oleh pakar ESQ Training Remaja, Ridwan Mukri. Hurm, Surat Cinta yang macam mana eh?
Ambil yang jernih, tinggalkan yang keruh...
Selamat menonton...
Part 1
Part 2
Part 3
Bagi comen anda, apa perasaan ketika menonton video ini ??
Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakankomen anda secara terbuka. Tetapi mestilah baca semuanya dulu... 1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.
2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.
3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.
4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalamayat 24-26 surah Ibrahim
5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.
6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.
7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya. 8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?
9. Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.
10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A
BAB1 Julia benci memandu di Kuala Lumpur. Banyak kali dia diberitahu bahawa pemandu-pemandu di Kuala Lumpur adalah di antara pemandu-pemandu yang paling kurang ajar di Malaysia (selain dari Pulau Pinang. Tetapi Julia tidak pernah memandu di sana, jadi dia tidak boleh mengesahkan hal ini). Setiap kali dia memandu, ada sahaja kereta yang akan membunyikan hon kepadanya ataupun memarahi kerana memandu di bawah had laju yang ditetapkan
Sebuah kereta Honda City bewarna hitam memotong keretanya untuk cepat-cepat masuk ke dalam lorong Touch & Go di Plaza Tol Sunway. Julia hanya mampu berdecit. Dia memandang ke arah jam di dalam kereta pacuan empat roda Toyota Rav4 Turbonya. Dia tidak mahu terlambat ke tutorialnya lagi. Tetapi di hadapannya terdapat beratus-ratus buah kereta yang bergerak perlahan. Sesak. Masing-masing bergegas ke tempat kerja atau seperti dirinya yang sedang bergegas ke Universiti Monash, tempat dia belajar sejak dua tahun yang lepas.
Julia menggigit bibirnya. Dia menjengahkan lehernya untuk melihat wajahnya di muka cermin di hadapannya. Dia memandang ke arah bibirnya. Kemudian dia cepat-cepat mengeluarkan gincunya dari dalam beg tangannya lalu mengenakan gincunya. Belum sempat dia dapat mengenakan gincunya, dia dapat mendengar bunyi hon di belakang keretanya. Julia mengeluh. Dia menggerakkan keretanya ke hadapan.
Julia adalah satu-satunya anak kepada Dr. Shahri, seorang duda beranak satu yang telah berpisah dengan bekas isterinya sejak tujuh tahun yang lepas. Doktor Sahri mempunyai kliniknya sendiri di Subang Jaya dan kini menetap bersama anaknya Julia yang masih lagi berusia 20 tahun di sebuah banglo di Bandar Kinrara. Sejak berpisah dengan isterinya Wati, Shahri menjaga Julia seperti menatang minyak yang penuh. Apa-apa sahaja permintaan Julia akan diturutinya. Shahri tidak pernah meragui cabaran serta dugaan menjaga seorang anak perempuan. Tetapi dia tetap mencuba sedaya upaya untuk menjaga Julia dengan sebaik-baiknya. Dia mahu membuktikan kepada Wati bahawa dia juga mampu menjaga Julia dan mendidiknya untuk menjadi seorang manusia yang terpuji kelakuannya. Bukan sepertinya, yang dianggapnya seorang wanita jalang yang tidak bermaruah kerana telah curang kepadanya satu ketika dahulu...
Julia tercungap-cungap masuk ke dalam kelas tutorialnya. Dia memandang ke arah jam tangannya. Dia tidak terlambat. Dia melepaskan nafasnya apabila dia mendapati pensyarahnya baru sahaja masuk ke dalam kelas tutorial dengan kertas peperiksaan.
Julia memandang ke arah Daniel Tan yang sedang duduk di barisan paling hadapan yang sedang menoleh ke arahnya. Daniel menjeling. Julia membeliakkan matanya untuk memintanya agar jangan menoleh ke arahnya lagi.
Julia menarik nafasnya. Dia memandang ke arah Ariffin, yang sedang duduk di hadapannya. Dia mendapati Ariffin hanya memandang ke arah hujung pensilnya. Kemudian dia menggigit hujung pensilnya itu. Sandra, gadis kelahiran Jakarta yang sedang duduk di sebelah kiri Ariffin sedang termenung memandang ke arahnya. Sandra sedang termenung memikirkan jika Samuel Rizal tidak dapat berlakon di dalam sambungan filem Eiffel I’m in Love, mungkin Ariffin dapat mengambil alih untuk melakonkan wataknya itu. Wajah Ariffin yang nakal itu cukup sesuai untuk watak tersebut, fikirnya
Julia tahu Sandra dan entah berapa puluh lagi gadis seuniversitinya yang telah jatuh hati kepada Ariffin. Tetapi Ariffin tidak pernah mahu ambil tahu tentang itu semua. Dia pastinya tidak mahu mengambil tahu jika terdapat tulisan “Ariffin is so cute!” di dalam tandas perempuan tingkat 3 di universitinya...
Ariffin mempunyai wajah yang manis. Dia mempunyai ketinggian mencecah enam kaki dengan susuk tubuh yang tegap dengan kulit sawo matang yang nampak bersih dan terjaga. Apa yang membuat beberapa gadis di universitinya tertarik kepadanya adalah matanya yang tajam bak burung helang dan senyumannya yang mampu membuatkan hati dan jiwa mereka cair. Untuk seorang anak muda yang baru mencecah usia 20 tahun, Ariffin mempunyai wajah yang matang seperti seorang pemuda berusia pertengahan umur 20-an. Sifat pendiam Ariffin membuat mereka lebih tertarik kepadanya...
Julia kerisauan. Dia tidak tahu jika Ariffin akan menepati janjinya. Puan Tan yang menjadi tenaga mengajar untuk kelas Business Law itu mula membahagi-bahagikan kertas soalan peperiksaan kepada pelajar-pelajarnya. Sebaik sahaja Julia mendapatkan kerja soalannya, dia terus melihat soalan-soalan objektif yang ada. Dia rasa mahu pitam. Dia tidak dapat memahami apa yang disoal, inikan pula menjawabnya. Sekali lagi dia memandang ke arah Ariffin. Dia mendapati Ariffin terus membongkok untuk menjawab soalan-soalan yang diterimanya.
Julia mengeluh. Dia dapat merasakan dia akan gagal lagi. Dia mungkin tidak akan mampu menghadapi bapanya jika dia gagal dalam peperiksaannya kali ini...
*
Dua minggu sebelum peperiksaan akhir semester
Julia melihat papan tanda di sebelah kelas tutorialnya. Nama pelajar dan keputusan ujian subjek Business Law ada dipaparkan di sana. Beberapa orang pelajar mengerumuni papan tanda tersebut. Ada yang tersenyum dan ada pula yang nampak sedih. Julia dengan takuttakut untuk melihat sendiri keputusan ujiannya. Tetapi dia tetap memberanikan dirinya untuk mengetahui keputusannya. Wajah Julia pucat. Dia dapat melihat namanya berada di dalam senarai tercorot untuk ujian tersebut.
Julia berdiri kaku buat seketika. Dia dapat merasakan dirinya sukar untuk bernafas. Dia mahu menangis. Ini merupakan kali kedua dia mengambil subjek yang sama kerana pada semester lepas dia pernah gagal dalam subjek ini. Julia tidak mahu gagal kerana dia dia tidak mahu mengecewakan bapanya.
Julia sekali lagi memeriksa senarai tersebut untuk memastikan dia tidak bermimpi. Tetapi di dapatinya bahawa sememangnya dia gagal dalam ujiannya yang lalu.
Penjual: Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?
Pembeli: Yang Ipoh lah... (makin bengang).
Penjual: Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?
Pembeli: Adik ni nak jual telur atau nak main-main?
Penjual: Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan penjual telur ni pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang!!!
Name: kinkygenki Home: Dairy, Sana'a, Yemen About Me: Biar Hitam Gigi Jangan Hitam Hati... Birthday : saturday, 4 rabiu awal 1409 Hijrah, Masihi Cari sendiri le... Sekarang ni masih bujang empat lagi See my complete profile